Thursday, November 10, 2011

[PUISI] Hapus Air Matamu!


Hapus Air Matamu!

Hapus air matamu sayang,
Sambut tanganku,
agar dapat kubantu dirimu kembali berdiri...
Letakkan tanganmu di bahuku,
agar aku bisa menjadi penguatmu...

Tuhan,
pinjamkan aku kekuatan agar dapat menguatkan dia,
pinjamkan dia kekuatan agar dapat kembali berdiri...

Tuhan,
bantulah aku,
agar aku dapat terus menggembirakan dia,
kerana aku bahagia bila dia bahagia...
kerana ukhuwwah ini kubina semata-mata mengharap redhaMu...

Hapus air matamu sayang,
kerana Tuhan itu DEKAT...

[NaH]
Nida'an Hafiyya
1324
181011
Secrets
Puisi Hapus Air Matamu

No comments:

Post a Comment